Halaman


Sabtu, 2 Januari 2016

Bila dia my legal partner

Tahun 2016 mula menjelma, dan aku semakin banyak menghabiskan masa menjaga abah, dan cuba untuk membahagiakan dia. Tahun 2015 banyak perkara berlaku, seperti tahun-tahun yang lepas. Pemergian mentor aku iaitu pakcik pie, banyak membuatkan aku buntu kadangkala. Namun hidup mesti diteruskan.

Tahun 2015, aku menjadi fasilitator dalam 2 program, kedua-duanya melibatkan plu. Dan 2 program bersama jawatankuasa PPWM dan jakim. Beberapa program usrah, namun sebenarnya tak begitu banyak berbanding tahun 2014.

Fokus kini, adalah pada dia, legal partner aku. Kawan-kawan yang lain semakin menjauh, masa untuk aku mengikuti program-program juga sangat terbatas. Kadangkala hidup ni, tak perlu untuk terlalu fokus pada yang lain, sebaliknya fokus pada diri dan apa yang disamping kita.Dia dan aku dari dunia yang berbeza, banyak yang perlu aku develop, dan dalam masa yang sama, aku harus belajar mengenepikan ruang-ruang yang boleh kembalikan aku pada dunia songsang aku.

Aku dah tekad, dan aku faham, kerana itu juga, ramai yang dulu rakan semakin jauh, bila mereka mengadu, dan aku nyatakan apa yang mereka buat adalah bertentangan dengan prinsip aku, dan mereka mula menjauh, walaupun kerana sebagai kawan, aku rindukan persahabatan yang lalu, namun ianya tidak sama lagi. Siapa yang hadir aku raikan, siapa yang menjauh, aku tak mampu berbuat apa-apa.

Ada yang bertanya dan menyangka aku mudah menjalani hidup setelah berkahwin, yang memudahkan kerana Allah anugerahkan aku dengan orang yang faham, namun dalam pada itu ada juga cabaran-cabaran yang aku kena tempuh sendiri. Tak mudah bila dah biasa buat semua keputusan, bila dah biasa sebagai seorang yang dominan, tak mudah bila dah biasa mengambil role yang maskulin.

Tapi aku gembira kerana apa yang aku buat, bukanlah yang Allah tak redha. Indah, sebab apa yang kami buat, bukan lagi salah disisi agama.

Kadangkala bila fikir balik, betapa resahnya hidup aku dulu. Banyak kepedihan dan kegembiraan dengan sesuatu yang Allah tak suka, dan  kemudian Allah anugerahkan pula dia pada aku, entah nikmat apa lagi yang aku hitung. Namun benar, perkara paling payah dahulu, ialah, hijrah meninggalkan segala yang Allah tak suka.

Tak tahu berapa lama Allah pinjamkan aku dan dia dalam hidup kami. Kerana tiada yang kekal disini.

Tahun ni, kami nak sama-sama perbaiki bacaan Al-Quran kami, nak khatam, sekali pun jadilah. Nak istiqamah dhuha dan sebagainya. Sama-sama mencuba bidang homestay, dan aku wajib fokus pada kerjaya. Kerja-kerja NGO, harus aku buat dengan santai, pupuk semangat kerjasama, bukan onemanshow.

Inshaallah. Selamat tinggal 2015!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...