Halaman


Jumaat, 24 Januari 2014

Keberlansungan hidup yang harus

Tinggal beberapa hari lagi.

Kalau kerana cinta, cinta aku pada sang adam, tidak lebih dari permukaan air. Kerana sebuah keperluan yang tidaklah begitu perlu andai mengikut kehendak, aku gagahi melupakan segala trauma yang kadangkala menunjal nunjal ruang memori separa sedar.

Memori trauma ini sangat jahat. Ia sering mengganggu aku dan adam ini. Trauma itu sering menggugat kepercayaan aku pada dia yang tidak sepatutnya berlaku. Ia membuatkan aku zalim.

Zalim ialat tidak.meletakkan sesuatu ditempatnya.

Zalim bila aku sukar nak mempercayai lelaki. Kerana kesalahan yang tidak dia lakukan. Zalim aku beranggapan negatif pada dia,hanya kerana dia lelaki.

Dia cuba sedayanya untuk membuatkan aku rasa yakin dan selamat. Walau kadangkala aku sedar dia hampir tidak tahu apa yang boleh dilakukan selain meminta aku berjanji untuk tidak mengulangi kerisauan aku yang tidak bersebab.

Zalim.

Tak sangka aku kena berhadapan dengan perkara yang lebih besar dari sekadar mengawal nafsu ku kepada hawa. Aku perlu berperang dan membunuh memori pahit aku.

Ah,apa sangat ujian yang aku hadapi.

Tapi kadangkala aku nak meluahkan yang aku dah hilang rasa diri sebagai perempuan kerana pernah dikatakan tidak cukup perempuan, dan pelbagai lagi kata kesat kerana seksualiti,kerana perwartakan aku oleh seorang lelaki yang pernah mengakad aku. Aku pernah hilang hampir seluruh benteng sewaktu aku baru mahu mula bangun.

Kata lelaki yang pernah mengakad aku dulu, dia tidak bernafsu pada aku kerana rupa paras aku.

Kamar itu terlalu panas bagi dia,kerana aku.

Ya,saat itu akulah umpama sial dalam dunia dia.

Allah...kenapa ni?

Kenapa semakin hari semakin hampir ingatan-ingatan itu mula datang kembali.

Pejam mata. Padam semua. Tolong.

Inshaallah.

7 ulasan:

  1. dear friend.... u r strong enough to let ur past go.. u r strong enough to start over again.. so dun let anything ruin ur future anymore.. if its Allah's will, then it is.... have faith in urself. Allah knows best kan, :)

    BalasPadam
  2. Mg boleh, MG boleh, u go girl!
    Kami semua support awak, kami semua sayang MG >.<

    BalasPadam
  3. aku nak kata pembaca tegar blog ko, bukan. nak kata tak baca sangat, mungkin kot. Aku ada belek post-post lama ko.

    Aku nak kata satu je perkara. Mg, ko kena sedar bahawa ujian untuk ko ne bukan berat. Sebab ko sihat, bebas bergerak dan still hidup hingga hari ini.

    Ada org tu kena sihir je sampai takleh beribadat. So, anggap ne ujian ringan dan move on.

    Untung ko sebab ko sihat.
    Untung ko sebab boleh bebas.
    Untung ko sebab boleh beribadat.
    Untung ko sebab tak cacat fizikal.

    Jadi, jangan susah hati. Buat bodo je dengan feeling mengarut tu. Main game lagi best. Jangan risau. Dunia nak kiamat and malaysia bakal akan terjadi sesuatu tak elok. Tolong ambil perhatian. Kepada lgbt people di luar sana, anda orang yang rugi sebab tidak mengambil jalan Putih. Rugi kat akhirat nanti. Bertaubatlah.

    Assalamualaikum. Maaf off topic dari entri ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau pernah dengar yg orang bagi nasihat pun boleh dapat dosa? Aku rasa orang yang bagi nasihat macam kat atas ni antaranya la... dalam bagi nasihat, empathy x ada, xletak diri dalam kasut orang yang dinasihati, senang kau cakap dugaan orang xberatkan? Kalau nasihat orang macam ni, better xyah kot, lagi buat orang pekak...

      Sorry off topic

      Assalamualaikum

      Padam
    2. takpe, biarkan yang tak memahami..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...