Halaman


Khamis, 29 September 2011

kisah cinta mee segera

Aku paanggil ini cinta mee segera kerana kisah ini yang paling indah, walau yang paling segera dan juga yang paling pilu.

Aku kenali dia awal bulan tahun ni, lama dah kami kenal, cuma tak berkesempatan nak jumpa. Dia kiranya jejaka paling kacak yang pernah aku berkawan. Dan dia juga dua alam seperti aku, pernah berkasih dengan sejenis, namun katanya dia cuma bercinta sekali dan dengan seorang sahaja, tidak pernah dia melakukan dengan bebas. Cuma kerana bdsm, dia ada juga buat one night stand. Kami berjumpa, dan terus rasa ada sesuatu antara kami. Namun sebelum kami buat keputusan untuk bertemu, dia ada menyatakan sesuatu yang menyentak hatiku, sebagai kawan saat itu, aku berduka untuk dia.

Kami dengan cepat menjadi amat rapat, dia selalu turun ke bandarku, dari tempatnya yang sejauh 6 jam. Dia baik, menyayangi aku hampir tak berpenghujung. Dan aku setiap kali berpisah, menjadi tak keruan, bila bertemu, seolah dunia ni hanya aku dan dia.

Tiga bulan..aku hampir buat keputusan untuk terima cinta dia dan berumah tangga, tapi..aku cuba fikir sewarasnya..

Dia penghidap ..penyakit yang ditakuti seluruh alam.

Akhirnya setelah satu pertemuan yang paling intim dan akrab, aku memberinya keputusan, yang kisah itu harus berhenti disitu. Dia terkejut, sedih, namun dia memahami. Beberapa malam, aku tidur dengan air mata. Buat pertama kali dalam hidup aku, aku dicintai lelaki..lebih dari aku menyintai.

Rabu, 28 September 2011

Dialah

Setiapkali kau rasa sukarnya hidup, Allah tahu.
Setiapkali kau rasa tiada siapa mendengarmu, Allah tahu.
Setiapkali tangismu mengiringi lena, Allah tahu.
Setiapkali kau memerlu petolongan tetapi kau dinafi, Allah tahu.
Setiapkali sepi menghimpit belulang jiwa, Allah tahu.
Setiapkali kau cuba membahagiakan dia namun kau ditepis,Allah tahu.
Setiapkali sekelilingmu amat dingin dan ia hampir membeku hatimu, Allah tahu.
Setiapkali jemari mu mula menyambut bisikan iblis, Allah tahu.

Dialah pengampun dosa penzina dan penghapus jiwa,
Dialah pemberi harapan buat insan asing dan terbuang,
Dialah yang memberi nafasmu,
Dialah yang meniupkan kasih,
Dialah yang memberi kelapangan,
Dialah yang mencipta dirimu dari cantuman benih kedua ibu bapamu,
Dialah yang memberi mu roh,
Dialah yang kau janji akan bertaat setia sebelum kau punya jasad,
Dialah yang akan kau temui saat roh itu kembali,
Dialah yang memberi wahyu pada kekasihnya lalu itulah mushaf yang kau baca,
Dialah yang mencipta,
Dialah Maha Pencipta walau sezarah debu,
Dialah yang maha mengetahui setiap keluh jiwamu..

Dialah yang lebih dekat dari urat lehermu.

Ahad, 18 September 2011

Terimalah takdir


okay, aku memutuskan untuk menulis tentang kehidupan seharian aku, kadang-kadang, daripada menulis emosi yang kadangkala amat gelap.

Semalam kenduri, seorang sepupu bertanya keadaan aku dan persiapan aku untuk majlis. Seperti biasa, aku berkerut dahi dan mencebik, dia ketawa. Pesan dia pada aku. Jika aku dah berusaha, berdoa dan bertawakal, terimalah..mungkin lelaki itu memang Allah takdir sebagai jodoh aku. Kata-kata itu seolah ais yang masuk dalam hati aku, memadamkan api yang menyala dan membakar.

Sehari dua ni juga, aku mula sedar, kebanyakan rakan dah pun berumahtangga dan tiada masa lagi untuk bersama aku. Yea, aku kena kembali semula pada diri aku yang aku dah hampir hilang, makan diluar seorang, dan menonton wayang seorang, buat kawan baru kalau boleh, bukan tiada, aku yang tidak mudah menghampiri dan dihampiri. Dan kebanyakannya, jenis tak keluar malam, sedangkan aku yang bekerja hingga lewat petang, malam saja lah aku keluar menonton.

Aku menjadi bertambah menyindiri, bermaik game di mukabuku dan juga bermain game di PC.

Sabtu, 17 September 2011

Tiada pula

(Demi malam apabila telah sunyi,Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada pula benci kepadamu, Dan sesungguhnya akhir itu (akhirat) lebih baik bagimu dari permulaan(dunia).Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karnia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas. Ad Duhha: ayat 2 hingga 5)

Khamis, 15 September 2011

Inalillah

Hati kenapa merusuh sangat? Dua hari dia tak sms aku aku dah mula rasa tak kena, aku ternanti-nanti, tertunggu-tunggu, tuhan adakah kau letakkan sayang aku ni pada orang yang tak tahu hargai? Tolong ya tuhan, jangan lagi, aku tak sanggup nak hadapi, tak sanggup sangat, derita dah hati ni. Jangan disiksa lagi hati ini tuhan.

Hati, tolong jangan beri kasih ini pada dia, walau pun dia yang akan memiliki aku. Kerana kasih itu adalah racun, kerana kasih itu adalah harapan, kerana kasih itu amat pahit.

Tuhan, sudah lama tiada berita gembira buat aku ya tuhan. Aku dah lupa rasa gembira itu. Yang ada dihati ini adalah marah dan duka. Dan aku tertanya-tanya..sering, mengapa tidak kau halal kan insan mengambil nyawanya?

Okay, what the worst thing will happen if you commit suicide? Pedulikanlah yang tinggal didunia. Roh akan tidak diterima tanah dan langit, tergantung-gantung, jadi hantu. Seksa kubur lepas tak kena tu.. tapi diakhirat..akan diazab tanpa henti dengan cara kita ambil nyawa tadi.  Agak-agak tuhan nak pandang tak muka kita?

Inilah bila putus asa dah mula bersarang kat dada.

Rabu, 14 September 2011

Kota Eilat



Al-A'raf ayat 163, Allah menyebut tentang kota ini..

And ask them about the town that was by the sea - when they transgressed in [the matter of] the sabbath - when their fish came to them openly on their sabbath day, and the day they had no sabbath they did not come to them. Thus did We give them trial because they were defiantly disobedient.

Lalu aku Google tentang kota ni. Satu hari nanti aku nak menjelajah dunia..ketempat-tempat yang quran sebutkan..

Isnin, 12 September 2011

Apalah dunia

“Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja & tanpa menyesal.
Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina”

Harga topup dah naik sebabkan cukai. Kelam kabut juga lah rakyat marhaen. Dunia kapitalis semakin membelit, hutang terbeban maruah tergadai.

Sabtu, 10 September 2011

Do not abandon us



Aku hampir menitis air mata apabila sahaja ayat itu keluar. Terasa dekat dengan hati, filem dokumentari ini.

Rabu, 7 September 2011

Fitrah

Benarlah berumahtangga adalah satu cabaran yang maha hebat, antara hidup dan mati...


Namun ianya adalah fitrah.tetapkan hati, tabahkan diri..betulkan niat.

Ahad, 4 September 2011

hati, sila tenang

Ibu dah mula cakap pasal nak tempah baju nikah dan persandingan, aku cuba tenangkan hati. Tak mahu bertelingkah lagi dengan ibu. Pasal barang hantaranlah. Apa yang aku nak tak dipersetujui dan apa yang dia nak pula dipertikaikan. Lemas aku.

Dahlah, sisa resahnya dengan keputusan yang aku buat, masih lagi aku rasakan. Esok kami akan membalas kunjungan keluarga dia. Entah kenapa, bila aku melihat adik dan isterinya, aku rasa betapa...iri hatinya aku, orang lain nak berkahwin dengan rasa cinta dan tak sabar, tapi aku penuh dengan rasa takut dan kerisauan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...