Halaman


Sabtu, 30 Julai 2011

Kalau ini takdirnya

"Aku bukan macam kau, yang bercinta dan berhubungan dengan perempuan, aku bukan perempuan kau yang kau nak kongkong, dan sesungguhnya aku tiada hubungan songsang dengan mereka yang kau tuduh!"

Ya, ayat itu bagai tamparan buat aku. Silap aku, kerana sukar untuk percaya bahawa dia tiada apa0apa dengan mereka yang aku sangsikan. Benar, saat kami bertengkar melalui sms aku baru saja memungkiri janji ku sendiri, lagi dan lagi.

Dia menggoda aku lagi..dan aku tak mampu.

Lelaki, sang adam itu, tahu tentang hakikat diri aku, dan dia juga mengakui kemungkinan kecenderungan dia. Tapi berkali dia bersumpah, dia tidak pernah berani melunaskan nalurinya, kerana pada dia..katanya dia takut pada yang Esa.

Bukan aku tidak takut Yang Esa, cuma aku lemah dan aku tak dapat menikmati kegembiraan pada jalan yang lurus. Telah matikah jiwa ini? Telah rosakkah jiwa ini, entah, segalanya kuserah pada Yang Esa.

Setiap kali aku menonton filem di wayang atau tv, aku tertanya, apakah cinta dari seorang adam buat aku hanyalah kisah dongeng. Lantas kenapa aku mudah meraih cinta dan juga mudah jatuh cinta pada sang hawa. Gadis itu, wanita itu sering buat aku bahagia, sering buat aku rasa indahnya dunia. Tapi, apa yang kami lakukan adalah kemurkaan tuhan. Adam-adam yang buat aku bahagia pula sekadar seketika, sekadar memainkan perasaan atau mereka sekadar sebenarnya tiada hati dengan aku. Wanita-wanita itu pula mengharapkan setianya aku, dan itu aku gagal, kerana akan ada waktunya aku tahu, bahagia itu sekadar dosa yang bertapuk penuh didada.

Tuhan adakah kau takdirkan aku untuk hidup bersama dengan adam yang tiada rasa cinta buat aku, adakah kau takdirkan aku untuk bergelas isteri dan menderita? adakah kau takdir kan aku hidup dalam tidak kemurkaanmu tetapi tiada kegembiraan?

Jika itu takdirnya, berikan aku kekuatan, agar naluri liar ini tidak memberontak, agar aku tidak bergelar insan dan si curang.

Didik hati aku untuk dekat padamu..Ya Khaliq!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...