Halaman


Ahad, 7 November 2010

Daun-daun kering..


Kadangkala aku tertanya diri aku, siapa yang aku cinta, siapa yang aku paling sayang. Aku tak pernah benar-benar perjuangkan cinta aku. Aku jatuh cinta banyak kali, dan aku tetap melansungkan kehidupan dengan se 'aku' nya.

Setiap manusia yang masuk dalam hati aku, umpama daun-daun yang akhinya menjadi kering. Ada yang mengkhianati aku waktu aku dah benar-benar menyerahkan hati, dan ada yang telah berkali memberi amaran agar aku tidak mudah untuk jatuh cinta pada mereka. Dan yang sinisnya, mereka bukan orang pertama, dan mungkin bukan yang terakhir.

Ah..telefon tu menyanyi lagi..biarkan..biarkan.

Dan bukan seorang yang pernah aku kecewakan..

Apa yang aku cari, apa yang aku mahu, aku sendiri tiada jawapan. Malah kalau orang bertanya, siapa yang lukakan hati aku, pun aku tak dapat jawab. Entah dia kah, atau si polan manakah.

Benar, aku takut untuk memberi hati sepenuhnya, kerana terlalu banyak kali juga aku terluka, membuatkan aku boleh juga menjadi kejam.Dingin.

"Will you agree to sacrifice yourself for a guy?"

Dalam hati aku, yeah kalau lelaki tu benar-benar buat aku yakin. Tapi, lelaki mana yang nak terima aku yang juga kadangkala macam lelaki?

4 ulasan:

  1. tenang dan sabar duhai sahabat. sang malaikat sedang memerhati sebelum dia benar-benar turun ke bumi untuk menghulur sejambak cinta. tenang dan sabar, ya! :)

    BalasPadam
  2. Syarin, thanks.
    Kholid dan cdot, insyaALlah

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...